Monday, November 2, 2015

kill the aedes, kill the mosquito

Just click on the flag and use computer keyboard arrows to move and control to start

Saturday, October 31, 2015

video denggi patrol SJK Chung Hua Kim Choo Seng



Tontonlah persembahan anak murid sekolah kami.


                                           like kami di  https://www.facebook.com/denggikcs


Saturday, October 17, 2015

Patrol Denggi SJK Chung Hua Kim Choo Seng

 Facebook Dengue Patrol SJK CH Kim Choo Seng


Kami amat berbangga dan bersyukur kerana sekolah kami telah telah terpilih untuk menyertai pertandingan Dengue Patrol peringkat Kebangsaan. Antara aktiviti dan program yang telah dijalankan adalah seperti membina facebook bagi Denggue Patrol iaitu https://www.facebook.com/denggikcs

Selain itu, pertandingan melukis poster anti denggi juga telah diadakan dan ia melibatkan semua murid Tahap II, manakala murid-murid Tahap I pula mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Seramai 50 orang murid dari tahun 3 hingga 5 telah mengambil bahagian dalam lakonan dan  nyanyian yang bertemakan "Hapuskan denggi". Seorang murid juga telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Engkau sedar akhirnya”.

Murid-murid sekolah juga membuat pemeriksaan di setiap sudut sekolah bagi memastikan tiada tempat pembiakan untuk nyamuk aedes setiap minggu sekali. Gotong-royong juga diadakan di sekolah dan juga di luar sekolah. Pihak sekolah telah mengadakan gotong-royong di Pusat Beli Belah EMART, MJC yang melibatkan semua warga sekolah, ibu-bapa dan juga pekerja EMART. Guru dan murid juga mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan maklumat tentang denggi dan aedes kepada orang ramai.

Di samping itu, pameran tentang denggi dan aedes juga telah diadakan di sekolah, di EMART dan juga di SM Science sempena Science Fair 2015. Pelbagai permainan diikhtiarkan untuk menarik minat pelawat dan orang ramai. Antara permainan tersebut adalah seperti permainan komputer nyamuk aedes, mencari nyamuk aedes,  tembak nyamuk aedes,  catur nyamuk aedes, puzzle jigsaw nyamuk aedes dan  jawab soalan tentang aedes.

Majlis penutupan Patrol Dengue SJK Chung Hua Kim Choo Seng telah diadakan pada 18 Nov 15. Semua warga sekolah dan juga ibu bapa telah dijemput ke majlis penutupan ini.




PROGRAM DAN AKTIVITI


Latihan seni persembahan
Pemantauan En. Ashley William Kutoh Pen. Penyelia Unit Sukan PPD Padawan
semasa penyediaan Seni Persembahan


 


Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna

 
 
 

 

 

 
 


 

 

 
 








Leave a comment...1 so far 1
VIDEO MAJLIS PENUTUPAN PATROL DENGGI SJK CHUNG HUA KIM CHOO SENG

VIDEO MAJLIS PENUTUPAN PATROL DENGGI SJK CHUNG HUA KIM CHOO SENG

Posted by Dengue Patrol SJK CH Kim Choo Seng on Thursday, November 12, 2015